Iran Bukan Negara Islam

(Al-Iqab) - Mengejutkan ! ada sebuah hadis Nabi yang tertera
di dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034: "Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam berkata: 'Dajjal akan diikuti 70 ribu
Yahudi dari Isfahan
mengenakan selendang Parsi." Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar yakni
Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data resmi
Iran, ada sekitar 30.000 orang Yahudi di Iran. Satu
jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang
kononnya anti-Zionis. Isfahan, yang terletak di tengah-tengah Iran,
dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah-
seakan dengan jelas orang-orang Syiah
melindungi mereka. Sedangkan orang-orang Sunni di Iran diburu
seperti tikus, dan ulama-ulamanya digantung.
Bahkan orang-orang Sunni tidak punya masjid
untuk solat Jumaat berbananding sinagog yang
bertebaran di bumi Iran. Orang-orang Yahudi mempunyai hubungan baik
dengan kerajaan Iran. Mereka menganggap
bahawa orang-orang Sunni sebagai musuh utama
mereka. Bahkan, di parlemen Iran, orang-orang
Yahudi mempunyai timbalan alias wakilnya. Ahli Parlimen Iran Morris
Motamed (yahudi) Kita harus tahu bahawa orang-orang Yahudi di
Iran menolak pindah ke tanah jajahan Palestina.
Mengapa? Kerana, bagi sebahagian Yahudi, Iran adalah
tempat suci kerana banyak nabi mereka
dikebumikan di sini. Misalnya Nabi Daneil. Nabi ini adalah salah satu
nabi yang sudah meramalkan kejadian-kejadian
sebelum kiamat. Dan ia dikenal luas oleh Yahudi
dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, terdapat juga
Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar, dan Nabi
Hajayy. Di Iran juga ada makam Bunyamin, saudara Nabi
Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi
mengagungkan Iran sebagai tanah suci
khususnya Isfahan. Bandar ini merupakan tempat
pertama di mana mereka berkumpul setelah
pemusnahan Yerusalem oleh Novukhodonsur. Rabi-rabi di Isfahan mengajar
anak-anak Yahudi
tentang pelbagai kuil Yahudi.